Sunday, March 22, 2009

KJ Pilihan Saya

  • BIAR ORANG MUDA JADI PEMIMPIN MUDA
  • BERTANDING DIATAS FAKTOR KEKUATAN DIRINYA SENDIRI TANPA DIPENGARUHI OLEH SEBAB LAIN
  • DIGERUNI OLEH PIHAK LAWAN PEMBANGKANG
  • MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU
  • DIIKTIRAF SEBAGAI PEMIDATO TERBAIK
  • MEMPUNYAI INTELEK TAJAM DAN KUAT
  • NKP SEMEMANGNYA LAYAK MENJADI KP
  • YANG PERIHATIN DENGAN KEBAJIKAN
  • PEMBAHARUAN DALAM PEMUDA
  • TIADA PROTOKOL

  • Setiakawan
  • PEMUDA UNTUK PEMUDA




Tidak ada sebab beliau yg berjaya melaksanakan tanggungjawab, terpaksa menempuh berbagai dugaan dalam kerjaya politiknya tidak mampu untuk memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Semoga berjaya YB Khairy Jamaluddin


Salam Setiakawan


Go KJ Go



FB

Khairy buat laporan polis tentang buku fitnahnya




Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini membuat laporan polis berhubung penerbitan buku `Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin’ yang didakwanya memaparkan banyak kandungan fitnah terhadap beliau.

Ahli Parlimen Rembau itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 10.15 pagi ini ditemani perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka.

Penulis buku tersebut, Yahya Ismail juga telah mengugut Khairy dan meminta bayaran sebanyak RM100,000.00 agar buku tersebut tidak di cetak, di jual dan di edarkan kepada perwakilan pemuda UMNO.

Kata Khairy, beliau mempunyai pendirian bahawa beliau tidak perlu membayar pada buku tersebut kerana, ini ialah ugutan politik dan beliau berpengang pada prinsip beliau bahawa tidak akan tunduk pada mana-mana pihak yang meminta atau memaksa beliau dalam bentuk ugutan black mail untuk memenuhi permintaan mereka yang sebelum mengeluarkan buku dan juga bahan-bahan yang boleh memburukkan kredibiliti beliau.

Khairy berkata, bahawa penting bagi beliau untuk membawa kepada pengetahuan umum terutamanya kepada perwakilan Pemuda UMNO Malaysia bahawa buku ini sebenarnya tidak ada kredibiliti kerana buku ini ditaja dan kedua tidak ada kredibiliti kerana penulis ini telah meminta wang dari beliau sebelum buku ini diterbit dan dicetak.

Diharap para Perwakilan juga harus sedar bahawa penulis tersebut sebenarnya bukan mencari kebenaran tetapi sebaliknya mencari keuntungan peribadi .

Tuesday, March 17, 2009

Jika ada Double Standard ? Khairy tidak akan dituduh langsung..




Adham Musa

Apa juga keputusan yang telah dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO diterima dengan hati yang terbuka oleh Khairy Jamaluddin walaupun beliau mempunyai alasan tersendiri tetapi demi menghormati parti beliau akur dengan apa yang telah diputuskan. Bukan mudah untuk menjadi seorang politikus , bukan mudah untuk berjuang untuk bangsa dan negara, jika ianya sesuatu yang mudah pasti semua orang kini sudah menjadi pemimpin. Khairy adalah merupakan salah seorang politikus yang banyak menempuh dugaan dan mengharungi banyak rintangan untuk terus berada di landasan perjuangan, namun harapan ramai penyokong Khairy agar Khairy terus berjuang dan anggaplah ini sebagai satu wadah perjuangan yang pahit yang perlu ditempuhi oleh semua pejuang . Inilah sikap bangsa kita yang tidak boleh melihat ada orang yang lebih baik , ada orang yang mampu memimpin.

Sebagai menantu kepada Perdana Menteri , Khairy sering dilempar tuduhan - tuduhan yang tidak berpihak kepada beliau walaupun beliau cuba lari dari bayangan bapa mentuanya. Khairy yang selama ini membentangkan segala yang dimilikinya dan bukan berpayung kepada bapa mertuanya , namun beliau tetap menerima tempias dan tuduhan yang sememangnya senagaja dilakukan oleh mereka yang mahu melihat anak muda ini tumbang dalam arena politik tanah air.

Keputusan lembaga disiplin hari ini , yang tidak dipengaruhi oleh Pak Lah dan tidak ada campur tangan oleh Pak Lah telah menjadi bualan ramai dan topik hangat. Kenapa Khairy hanya diberikan amaran sedangkan Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding sedangkan kedua-dua mereka didapati bersalah. kata mereka ada double standard. Pak Lah mempengaruhi keputusan ini. mengapa Pak Lah mahu mempengaruhi keputusan ini di tahap ini, jika Pak Lah mahu mempengaruhi keputusan ini adalah lagi baik dari peringkat awal dan Kahiry tidak dituduh langsung. mengapa Pak Lah biarkan saja Khairy dituduh.

Kesalahan Ali Rustam : Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO.

Ramai yang tidak atau bahawa ada perbezaan di sini. Orang ketiga Ali Rustam adalah setiausaha politik beliau. dan orang ketiga Khairy Jamaluddin adalah seorang yang langsung tidak ada kaitan dengan Khairy Jamaluddin. Kemungkinan orang ketiga Kahiry Jamaluddin hanya tampil untuk sesuatu niat tetapi orang ketiga Ali Rustam adalah pegawai beliau. Kes yang dikaitkan kepada Khairy ini Adalah kes yang mana tarikhnya adalah tarikh sewaktu Khairy belum lagi mengumumkan untuk bertanding. tapi itu tidak perlu diperbincangkan kerana menghormati keputusan Lembaga Disiplin.

Kesalahan Khairy : Perkara 10.1 tataetika Ahli UMNO.

perkara 10.1 = Anggapan kebersalahan orang ketiga.

Sunday, March 15, 2009

KJ is the ONE

Merakyatkan Pemuda UMNO


Mukadimah

‘‘Jangan burukkan kawan-kawan’’ Itulah pesanan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kepada jentera yang membantu beliau berkempen merebut jawatan Ketua Pemuda.

Beliau membuat peringatan itu kerana tidak mahu pemilihan yang bakal menyaksikan persaingan antara beliau dengan dua lagi calon iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo membawa perpecahan kepada Pemuda.

Bagi Khairy dalam keghairahan untuk memenangkan calon masing-masing semangat setiakawan dalam Pemuda harus dikekalkan. Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, beliau yang kini menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda secara terbuka menjawab pelbagai persoalan berkaitan dirinya dan perebutan jawatan dalam Pemuda.

Apapun beliau amat berharap perwakilan akan membuat keputusan berasaskan kepada realiti dan bukannya persepsi terhadap seseorang calon. Khairy juga turut memaparkan apa yang ingin beliau lakukan dalam usaha merapatkan hubungan Pemuda dengan rakyat.


MINGGUAN: Bagaimana penerimaan perwakilan, ketika YB berkempen?

KHAIRY: Alhamdulillah, maklum balas dan sokongan yang diterima terhadap gagasan setiakawan daripada perwakilan sangat positif dan saya harap akan diterjemahkan kepada undi pada 25 Mac nanti.

Kempen dalam Pemuda kali ini turut menyaksikan peribadi YB diserang sekali lagi, apa pandangan YB?

KHAIRY: Saya berpendapat, faktor paling besar yang menyemarakkan perbincangan dan tuduhan terhadap saya selama ini ialah “isu menantu”. Tuduhan utama ialah karier saya dipercepatkan kerana saya menantu Perdana Menteri. Bahaslah apa pun. Persepsi bahawa laluan saya dipermudahkan cepat merebak. Apakah salah dan dosa saya, sebenarnya kerana menjadi menantu? Jodoh, ajal maut, semuanya di tangan Tuhan. Tetapi yang pasti isu menantu ini akan hilang dengan sendirinya apabila Pak Lah menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Selepas itu berlaku, saya tidak akan dilihat sebagai seorang yang dibayangi oleh isu ini dan tidak boleh dipersalahkan lagi atas segala yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan.

Tetapi apakah semua persepsi itu betul?

KHAIRY: Tidak. Saya menjadi sasaran mudah umpama kambing hitam. Kita mesti akui setiap pemimpin apatah lagi Perdana Menteri mempunyai ramai pengkritik. Mereka ini akan cari sasaran mudah untuk menyerang, memandangkan saya menantu Perdana Menteri dan kebetulan pula terlibat dalam politik, segala permasalahan pentadbiran negara dikatakan berpunca daripada KJ.

Persepsi ini menjadi mengarut sampai harga minyak naik pun saya disalahkan. Pemilihan calon-calon pilihan raya pun salah saya juga. Semua tuduhan ini bersifat sensasi, umpama menjelmakan insan kerdil seperti Khairy Jamaluddin menjadi punca segalanya. Sampai hari ini apabila saya mencabar mereka yang menuduh saya untuk kemukakan bukti, mereka gagal. Jadi saya percaya, semua itu adalah agenda politik untuk melemahkan Perdana Menteri dan menguburkan kerjaya politik saya.

Bagaimanapun saya pasrah dan reda dengan dugaan ini dan berharap perwakilan yang berjumpa saya mengenali KJ sebenarnya dan boleh memisahkan antara realiti dan persepsi.

Difahamkan YB sekali lagi akan menjadi sasaran penulis-penulis buku politik?

KHAIRY: Secara peribadi dan prinsipnya, saya menghormati hak setiap orang mengkritik, menegur, menyokong atau menyatakan beliau tidak gemar pemimpin tertentu. Cuma kalau boleh elakkan perbuatan mencerca dan menghindari perkataan yang terlalu kesat. Ini kerana, apapun perbezaan pandangan, jangan kita meletakkan tahap kita serendah mereka yang dijelaskan oleh Rasulullah umpama memakan daging saudaranya sendiri.

Saya harap perwakilan tidak dipengaruhi oleh buku-buku politik yang jelas berat sebelah dan menyerang calon-calon secara peribadi. Mereka sudah ada masa yang agak lama untuk menilai setiap calon. Penilaian yang dibuat secara langsung in person adalah lebih sahih daripada cerita dalam sesetengah buku-buku politik yang berniat menjatuhkan pemimpin.

Apa masalah utama yang harus diselesaikan oleh seorang Ketua Pemuda?

KHAIRY: Masalah utama berhubung kemerosotan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Ini adalah cabaran utama Pemuda UMNO.

Dalam hal ini, saya akan mantapkan lagi gerak kerja Pemuda dalam dua aspek. Pertama, dari segi latihan dan pendidikan politik. Ia bertujuan memperkuatkan jati diri ahli dan merakyatkan Pemuda. Maksudnya, dalam setiap tindakan Pemuda selepas ini akan membawa kesan positif kepada rakyat kerana Pemuda harus dilihat sebagai pembela nasib rakyat.

Perkara kedua, mengembalikan peranan aktivis dalam Pemuda. Saya akan menubuhkan kor penceramah dan imam muda iaitu lima penceramah dan lima imam muda dari setiap bahagian. Mereka akan menjadi aktivis kita di peringkat akar umbi dan memastikan dalam dua aspek yang mungkin kita nampak ada sedikit kelemahan iaitu penyampaian maklumat dan aktiviti keagamaan.

Saya juga akan menubuhkan unit penyampai maklumat yang akan menggunakan teknologi terkini bagi memastikan setiap ahli dan rakyat sentiasa dibekalkan dengan maklumat dan keputusan terkini yang dibuat oleh pemimpin. Ini termasuk unit perang siber yang lebih agresif melalui kaedah seperti blog dan juga portal rangkaian sosial seperti Facebook dan MySpace yang begitu popular di kalangan generasi muda. Maklumat yang kita sampaikan mesti terkini, tepat dan padat. Barulah ahli kita memahami bagaimana nak berdepan dengan sesuatu isu di kawasan masing-masing.

Tetapi dikalangan Pergerakan Pemuda sendiri dikatakan berlaku jurang antara ahli dengan pemimpin?

KHAIRY : Sebab itulah saya ingin membawa pendekatan mengakar umbikan kepimpinan Pemuda. Yang pertama, saya akan pastikan mesyuarat exco Pemuda dibuat di setiap negeri. Ini akan memperlihatkan pemimpin Pemuda turun ke bawah dan sentiasa bersama ahli-ahli. Saya juga berharap mesyuarat Pemuda negeri juga akan dibuat di setiap bahagian dan bukan di ibu negeri sahaja.

Saya juga akan hidupkan kembali program Pemuda masuk kampong supaya Pemuda dilihat bersama dengan masyarakat setempat. Kita perlu kikis imej Pemuda UMNO sebagai satu institusi yang dilihat elit melalui langkah turun kebawah bersama rakyat.Saya bercadang untuk sentiasa bergerak kebahagian-bahagian untuk memahami masaalah rakyat secara langsung tempat bergantung kepada laporan ibu pejabat.Kita perlu kepada kepimpinan yang hands on dalam keadaan politik hari ini.Bagi menaikan martabat Pemuda diakar umbi, saya mencadangkan satu pindaan kepada Perlembagaan parti bagi membolehkan ketua-ketua Pemuda cawangan menjadi perwakilan secara automatic kepada mesyuarat perwakilan bahagian. Ini akan mengurangkan jurang antara Pemuda cawangan dan bahagian induk dan member suara kepada Pemuda diperingkat akar umbi. Ia juga merupakan harapan ahli akar umbi yang rasa diri mereka tidak dibela kerana tiada kuasa politik.

Ramai generasi muda terjejas akibat kegawatan ekonomi, apa visi YB dalam hal ini?

KHAIRY : Bagi saya, yang penting adalah kita dapat menjanakan ekonomi di peringkat akar umbi. Saya akan bekerja kuat dalam memantau agensi-agensi kerajaan agar pakej rangsangan ekonomi RM60 bilion yang baru diumumkan sampai ke golongan muda supaya mereka ini mendapat pekerjaan, memperolehi modal pinjaman serta peluang bagi menjana ekonomi. Banyak masaalah yang dihadapi dalam ekonomi hari ini adalah disebabkan oleh birokrasi dan kerenah institusi kewangan dan jabatankerajaan. Perkara ini perlu perhatian dan antara tugas Pemuda adalah memudahkan generasi muda mendapat akses kepada kemudahan dan peluang ekonomi yang disediakan oleh kerajaan.

Jika dilantik sebagai Ketua Pemuda salah satu tanggung jawab saya adalah menjaga kebajikan orang muda. Dan saya akan pastikan Pemuda bukan hanya memainkan peranan sebagai pendesak tetapi juga pemudah cara untuk memastikan pemerkasaan ekonomi orang muda di peringkat akar umbi berjalan dengan baik. Isu utama bagi saya adalah pengangguran dan peluang untuk memulakan perniagaan bagi generasi muda.

Antara tiga kelompok yang saya telah kenal pasti dan memerlukan perhatian iaitu generasi ke dua bagi Felda dan Felcra, generasi kedua dari kampong-kampung tradisi dan golongan muda yang berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah di Bandar. Jika Pemuda dilihat mengambil berat masaalah ekonomi mereka dengan inisiatif menarik, saya percaya kita dapat mengembalikan keyakinan mereka terhadap gagasan politik yang dibawa oleh UMNO.

Institusi Melayu nampaknya semakin diprkotak-katikah, apakah komen YB?

KHAIRY : Saya cukup sensitive terhadap satu konspirasi yang seolah-olah mahu memperkotak-katikan institusi asas negara iaitu institusi raja-raja Melayu dan juga kontrak sosial yang telah dimeterai oleh semua kaum.

Saya percaya pemuda harus berada di barisan hadapan mempertahankan institusi ini, malah saya sendiri secara lantang bersuara bagi memastikan bangsa dan institusi raja-raja tidak diperlekehkan. Bila Pemuda disifatkan sebagai ‘celaka’, rasanya sayalah antara yang paling awal tampil mencabar orang itu mengeluarkan bukti yang Pemuda UMNO ada mengirimkan peluru hidup pada beliau. Apabila kemuliaan institusi Raja Raja Melayu dipersendakan saya tampil mempertahankannya. Saya meramalkan serangan terhadap bangsa dan institusi Melayu nukan dengancara intelek, kewarasan dan hikmah.

Pemuda UMNO perlu tewaskan mereka yang memperlekehkan kita dengan akal dan ketajaman pemikiran. Saya bersedia berdepan dengaan mana-mana pihak termasuk pembangkang demi mempertahankan maruah bangsa dan negara.Sekarang sudah tiba masa kita berdepan secara terbuka dengan musuh-musuh kita dan Pemuda perlu kepimpinan yang bukan hanya berani tetapi juga mampu mengatasi serangan tersebut dalam medan politik.

Jika dilihat dari segi umur, YB adalah yang termuda, apakah ia akan memainkan peranan dalam pemilihan?

KHAIRY : Saya rasa factor umur penting kerana hanya orang muda dapat memahami jiwa orang muda. Sebagai seorang calon yang masih dalam umur Pemuda, sudah pasti visi saya adalah untuk Pemuda dan bersifat jangka panjang. Saya tidak melihat jawatan Ketua Pemuda sebagai batu loncatan. Kalau nak singgah untuk sepenggal, kita takkan dapat membawa pembaharuan berkekalan. Saya menawarkan diri sebagai calon yang mempunyai wawasan jangka masa panjang untuk Pemuda.

Itulah sebabnya, mengapa saya memilih slogan setiakawan supaya saya dapat menubuhkan satu rangkaian yang seangkatan dengan saya dan akan terus maju bersama dalam politik.

Begitu juga apabila saya lebih senang bergerak dipanggil KJ. Pangilan KJ memudahkan saya bergerak tanpa protokol tertentu dan bagi mendekatkan diri dengan pemuda. Bagi saya, ahli Pemuda dan semua golongan muda perlu diyakini bahawa mereka mempunyai akses kepada pemimpin mereka. Inilah pegangan saya.

Dua lagi calon tidak mahu menerima jawatan dalam Kabinet, jika mereka dipilih sebagai Ketua Pemuda?

KHAIRY : Saya menghormati keputusan kedua-dua sahabat saya itu. Bagaimanapun soal pelantikan sebagai angota pentabiran adalah hak mutlak Perdana Menteri. Tetapi jika Ketua Pemuda dilantik, saya melihat ini sebagai satu penghormatan kepada orang muda dan member ruang kepada Ketua Pemuda menterjemahkan inspirasi dan wawasan Pemuda UMNO dan juga kepentingan golongan muda di dalam Kerajaan.

Apa harapan YB berkaitan peralihan kuasa yang akan berlangsung tidak lama lagi?

KHAIRY : Saya yakin proses peralihan kuasa akan berjalan lancer kerana ia melibatkan dua pemimpin berjiwa besar. Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bakal Perdana Menteri dan Presiden UMNO UMNO walaupun beliau mengambil alih dari seorang pemimpin yang juga bapa mertua saya. Saya berikrar untuk member sokongan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada najib.

Satu nasihat penting yang Pak Lah berikan kepada saya, kita perlu menjadi orang parti yang kuat. Contohnya, pada team B kalah… Pak Lah tidak keluar dari UMNO walaupun dipecat dari jawatan cabinet. Di situ beliau membuktikan kesetiaannya kepada parti. Jadi, bagi saya yang diajar untuk menjadi orang kuat parti UMNO, saya akan terus member komitmen kepada kepimpinan parti. Saya juga percaya bahawa Najib is the right man at bthe right time. Beliau adalah seorang pemimpin yang diangkat tepat pada masanya.

Akhir kata jika ditakdirkan YB kalah. Apakah YB akan terus menyumbang pada parti?

KHAIRY : Saya dipilih menjadi Ahli Parlimen Rembau atas tiket UMNO-BN. UMNO adalah wadah perjuangan bagi saya. Saya tidak sekali-kali akan kecewa dengan UMNO. Kalau saya menang pula, pertama sekali saya harus rapatkan barisan dan beri keyakinan kepada penyokong-penyokong Mukhriz dan Mohamad Khir bahawa saya bersama mereka sejajar dengan tema dan falsafah kempen ‘setiakawan’.Saya tidak sama sekali akan mengenepikan Mukhriz dan Mohamad Khir, sebagai contoh; kalau berlaku satu pilihanraya kecil di Selangor, kita sangat memerlukan peranan dan sumbangan Mohamad Khir manakala Mukhriz pula mempunyai idea-idea yang boleh disumbangkan untuk Pemuda.

Adalah menjadi tanggung jawab saya menyatukan kesemua elemen dan ahli dalam pemuda.

Monday, March 9, 2009

BENARKAH KHAIRY AROGAN?





Oleh Annuar Md Salleh

Arrogant? – Khairy tidak mengaku beliau dari spesis arogan (ejaan dalam BM). Dia tidak mengaku mungkin kerana dia tahu erti, istilah atau makna arogan itu. Malah bagi yang begitu joli dengan perkataan itu tidak benar-benar tahu erti sebenarnya arogan itu. Bila orang sebut arogan, semua orang mahu mengguna perkataan itu.

Kalau Khairy jenis arogan, tidak akan terbit senyumnya di mana-mana. Dia tidak akan pandang kiri kanan kalau berjalan. Dia tidak pandang mata orang yang menyambut salamnya. Dia juga tidak akan berhenti menyambut sesiapa yang menegurnya. Malah dia tidak akan kelihatan di mana-mana dengan sesiapa. Dia tidak akan melangkah ke mana-mana seorang diri.

Sebagai insan terpelajar, berjawatan dalam barisan Pemuda UMNO, bergelar YB, berterampilan dengan gaya dan ketinggiannya mudah menyerlah apabila melangkah di mana-mana. Senyumnya bukan dibuat-buat. Tonasi suaranya di mana-mana forum, ketangkasan menjawab persoalan menjadikan beliau dicemburui. Maka mudahlah beliau dianggap macam-macam.

Itukah arogan yang dimaksudkan? Kalau itu maksud arogan, nyatalah perkataan itu disalahguna untuk anak muda yang berpotensi berdiri sebagai seorang pemimpin. Kalau dia berjaya dalam perniagaan, berjaya dalam karier politiknya hingga ke peringkat sekarang ini dikatakan arogan, silaplah lagi.

Arogan ni bongkak melebihi sombong. Tidak akan menyapa orang yang memandangnya. Tidak akan datang menghulur salam dua belah tangan kepada orang yang menegurnya, tidak akan memberikan senyuman kepada sesiapa yang memandangnya, tidak akan mengangkat tangan kepada orang yang dikenalinya.

Sesungguhnya dalam banyak kebetulan melihat Khairy, beliau mesra dengan semua orang. Malah ringan tangannya menyambut salam orang. Matanya tepat memandang orang yang hadapinya. Sombongkah dia atau itukah namanya arogan?

Saya bimbang perkataan arogan itu disalahgunakan tanpa mengetahui bahawa arogan itu adalah satu perkataan yang membawa sifat-sifat yang cukup buruk seperti angkuh, membesar diri, cakap besar, tidak mengendahkan pandangan orang, tidak menerima teguran orang, tidak mudah hadir di majlis-majlis kecil, tidak bercampur dengan luar kelompoknya, tidak akan senyum langsung pada sesiapa yang tidak dikenalinya.

Gambaran Khairy seorang yang arogan seperti yang pernah saya temui 4 kali secara tidak sengaja dan terserempak. Pertama kali di Bangsar Park di hari selepas pengkebumian ibu Tan Sri Muhammad Mohd Taib, sekali di parlimen, sekali di Hotel Seri Pacific, sekali lagi di PWTC.

Dari cara dia bersalam dengan orang pun Khairy lihat tepat wajah orang yang bersalam dengannya. Malah pengawal PWTC yang tertebeng di situ pun beliau hulurkan salam dan bertanya khabar.

Itukah arogan pada pandangan orang yang tidak mengenalinya? Yang tak suka dengan beliau sahaja tidak pernah akan menghulur salam dengannya kerana menjauhkan diri sebaik sahaja Khairy muncul. Kelakuan mesra Khairy ini bukan baru. Ia berlaku sejak beliau belum berkahwin dengan Nori lagi.

Semasa itu pernah dua kali saya temui beliau semasa arwah Datuk Abdullah Omar (besan Pak Lah) masih ada. Begitulah cara Khairy menyambut orang dengan salam mesranya.

Khairy dikatakan arogan semata-mata kerana orang tidak tahu ertinya sahaja. Tidak lebih dari itu. Bagi yang tahu pula menjadikan tuduhan itu satu ungkapan cemburu dengan kehebatan Khairy yang semakin dilihat berpotensi. Ini termasuklah yang sengaja melemparkan yang buruk sahaja kerana mereka menyokong calon lain untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO akan datang ini.

Nak sokong siapa tu sokonglah. Tapi tidak perlu mengada-adakan buruk Khairy dan mengaitkan beliau sebagai menantu Pak Lah. Itulah yang menjadi penyakit hingga persepsi orang ramai turut sama berdosa menyampaikan perkara palsu yang mereka sendiri tidak tahu.

Dalam politik, ingatlah jangan kita salah anggap, jangan salah guna perkataan, jangan salah laku, jangan cakap bagi pihak orang lain, jangan bawa cerita palsu. Insya’Allah, orang Melayu akan lebih mudah maju kalau terthindar dari semua jangan itu.

Sunday, March 1, 2009

Pemuda perlu menolak unsur peribadi demi maruah Pemuda UMNO - Malaysiakini

Pemilihan Ketua Pemuda UMNO perlu dinilaikan dengan pemikiran yang terbuka dan perlu dilihat akan kemampuan calon yang bertanding. Ketepikan semua unsur-unsur yang tidak menguntungkan pemuda. Jika pemuda mahukan satu perubahan dan memantapkan lagi sayap pemuda UMNO. Jika memilih Mukhriz hanya kerana berlandaskan rasa segan kepada Tun dan memilih Mukhriz kerana mahu menyebelahi kekalutan dan krisis antara kedua keluarga ini bererti kita mengadai dan menyambung kemelut pergeseran ini agar berterusan. Pemuda perlu melihat Khairy dan Mukhriz dari keberkesanan memimpin Pemuda UMNO dan bukan dari isu krisis kedua orang tua mereka.

Mukhriz yang berpayung dan bergantung kepada pengaruh ayahnya tidak mungkin dapat memimpin pemuda secara relevan kerana pengaruh Tun yang terlalu banyak mencampuri urusan kepimpinan UMNO tidak mungkin akan memberikan satu kepimpinan yang positif dan bebas kepada pemuda. Jelas pencalonan yang di berikan kepada Khairy membuktikan Khairy adalah pemimpin yang sebenarnya tidak bergantung kepada pengaruh bapa mertuanya, apa yang diperolehi adalah hasil terjemahan pemuda UMNO yang telah menilai kebolehan beliau selaku naib ketua pemuda UMNO.

Khairy yang tidak lagi dibayangi dan dilindungi payung bapa mertuanya kini bertanding secara “gentelman” dengan menghidangkan daya dan kebolehan beliau memimpin pemuda UMNO melalui jawatan beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Yang perlu dipilih sekarang adalah Ketua Pemuda UMNO dan bukan anak atau menantu sesiapa. Pemuda perlu bijak untuk mengasingkan dua keadaan yang berbeza ini dan pemuda perlu memikirkan kepimpinan yang bagaimana yang di perlukan bagi menjadi pemuda sebagai satu sayap yang agresif dan di segani oleh parti lawan.

Mengikut jejak kerja yang telah dilaksanakan oleh kedua pemimpin ini, Khairy lebih komited dan Khairy lebih memberikan perhatian kepada parti dan Khairy sepatutnya diberikan peluang untuk memimpin pemuda dan menerukan kesenibungan dan lakaran kepimpinan pemuda UMNO. Pemuda perlu bersatu dan tidak lagi mampu untuk berpecah. Sesuai dengan “tag line” beliau, setiakawan, kita pasti akan dapat melihat kekukuhan setiakwan dibawah kepimpina Khairy Jamaluddin.

Dalam keyataan terbaru, beliau berjanji akan menyatupadukan serta mengeratkan hubungan di antara semua sayap Pemuda dalam parti komponen Barisan Nasional (BN), jika beliau menang pada pemilihan Mac depan. Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno, berkata mereka yang memegang jawatan Ketua Pemuda Umno akan menjadi Ketua Pemuda BN dan perkara pertama yang perlu dilakukan pemimpin itu ialah untuk mencari jalan merapatkan semula barisan dalam BN menjadi satu parti yang sentiasa bergerak bersama.

“Kita perlu mengutamakan perpaduan dalam BN kerana selaku parti komponen, kestabilan parti amat penting untuk meyakinkan rakyat dan membuktikan BN serius dalam membela nasib rakyat,”.

Sumber : PROKHAIRY.COM