Sunday, January 11, 2009

Malaysiakini : PAS parti "Kluk-Klek" - KJ

(Gambar : Bro Jinggo)

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan PAS sebuah parti "keluk-kelek" atau tanpa pendirian apabila tidak bersedia melaksanakan hudud selepas didesak oleh rakan kongsinya DAP.

"PAS mudah menarik balik cadangan hendak melaksanakan hukum hudud apabila digertak DAP," katanya, mengulas sikap Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berhubung pelaksanaan hudud dalam satu forum di Kota Bharu yang turut disertai calon ketua Pemuda Umno itu bulan lepas.

"Adakah kita nak pilih parti yang tidak bermaruah, tidak berpendirian dan keluk-kelek itu?"

Sambil mengkritik PAS, beliau juga menyelitkan bahasa loghat dengan telor Terengganu dengan disambut hilaian hampir 200 pendengar yang terhibur dengan gayanya itu.

"Orang Terengganu kata PAS parti 'dok rok cetong' (sangat lemah)," katanya ketika berucap dalam kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu di Kampung Gelugor Raja dalam DUN Wakaf Mempelam malam tadi.

Ahli parlimen Rembau menambah, pilihanraya kecil itu tidak sama dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh pada Ogos lalu.

Kawasan parlimen itu, katanya, merupakan kubu kuat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tetapi Kuala Terengganu adalah kerusi kita, BN menang kita semua akan untung.

"Kuala Terengganu kawasan yang cukup istimewa kerana ada dua timbalan menteri yang tidak pernah ada di kawasan lain," katanya.

Beliau merujuk jawatan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebelum ini sebagai timbalan menteri dalam negeri dan bekas penyandangnya allahyarham Datuk Razali Ismail sebagai timbalan menteri pelajaran.

"Kalau kerja dengan sungguh-sungguh, Wan Ahmad Farid ada peluang jadi timbalan menteri pusat (semula)," katanya.

Tambahnya, beliau mengenali bekas setiausaha Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu seorang tokoh politik muda.

Ayah Wan Ahmad Farid merupakan bekas pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, manakala ibunya pula seorang ustazah, kata Khairy yang dikenali sebagai teman dekat calon BN itu.

Menurutnya, jika BN kalah dalam pilihanraya kecil kali ini, maka tiadalah pembangunan daripada kerajaan pusat kerana kerana tiada perwakilan di peringkat pusat.

"Tetapi kalau (calon PAS) Abdul Wahid kalah pun, beliau tidak rugi apa-apa kerana beliau sudah ada jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam," katanya.

Wan Ahmad Farid berdepan dengan Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam dalam pilihanraya kecil pada 17 Januari ini.

Sumber : Malaysiakini

2 comments:

saji said...

Salam Yb KJ,

Saya boleh bersetuju PAS yang Yb dakwa sebagai parti 'kluk-klek' yaki tak berpendirian serta lemah dalam memenuhi cita-citanya melaksanakan hukum hudud jika PAS sudah lama memerintah negara seperti UMNO, ada kebebasan besuara yakni tiada sekatan media, akta citak, nak ceramah tak perlu permit, tiada AUKU, tiada ISA, dan penting sekali, jika PAS bawa usul pelaksanaan hudud di parlimen UMNO tak membantah atau semua wakil rakyat Melayu-Islam menyokongnya.

Atau, setidak-tidaknya jika PAS bawa usul ke parlimen supaya hudud diajar bersama-sama pelajaran agama lain di sekolah menegah kebangsaan dan sekolah menegah agama UMNO tak membentah atau semua wakil rakyat Melayu -islam menyokongnya.

Fabulous Boyz said...

Saji... ni bukan blog YB, blog YB www.rembau.net saya hanya penyokong beliau sahaja.