Wednesday, December 24, 2008

Malaysiakini : Pas Perak Di Bawah Kuasa DAP







Tahniah kepada Husam kerana mengiktiraf Lim Guan Eng sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz...



Kenapa sejak kebelakangan ini, PAS begitu takut mendengar perkataan “kerajaan Islam”? Adakah selepas DAP berjaya mempengaruhi PAS dengan memberi jawatan MB, maka PAS sudah lupa asas perjuangan asal parti PAS.


Adakah kerana belas ehsan DAP yang memberikan jawatan MB kepada PAS, parti itu seolah-olah takut untuk berjuang atas nama Islam dan phobia istilah kerajaan Islam.


Adakah PAS Perak takut DAP akan menarik balik jawatan DAP sekiranya PAS ingin menubuhkan kerajaan Islam. Begitu murahkah harga sebuah perjuangan Islam kerana harganya hanya sama nilainya dengan jawatan Menteri Besar?


Melihatkan keadaan sekarang, parti PAS telah hilang arah perjuangan. Hanya satu sahaja cara PAS boleh kembali kepada landasan perjuangan sebenar, iaitu mereka harus menjauhkan diri daripada kafir harbi DAP itu.


Tapi sanggupkah PAS kehilangan jawatan MB jika tidak bersengkokol dengan DAP untuk membentuk kerajaan campuran di Perak? Adakah DAP telah berjaya memperbodohkan PAS dengan menyuruh PAS membuang niat menubuhkan kerajaan Islam jika mahu bersama DAP?


Sama-samalah kita saksikan percaturan politik DAP dan PAS! Bagi saya DAP sudah berjaya mengutip 2 mata dan PAS pula hilang 1 mata hasil perkongsian kuasa ini. Dua mata yang dikutip DAP ialah menghapuskan DEB di P. Pinang dan menidakan kerajaan Islam di Perak. Manakala PAS pula, hilang arah perjuangan dan tidak lagi timbul kerajaan Islam sebagai sebahagian agenda politik.


Sumber CJ

KJ PALAM Husam

Khairy - Wacana Perdana Transformasi Politik Malaysia Part I




KJ- Wacana Perdana Transformasi Politik Malaysia Part II


Ulasan KJ mengenai pendirian Husam Musa

Transformasi Politik Husam


Dicabar kekanan, digertak kekiri. Inilah yang saya lihat tentang YB Dato' Husam Musa, Naib Presiden PAS, apabila, belum pun sempat hilang panasnya bara ketetapan dan jawapan beliau untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia , terus tersungkur dan menyerah kalah pada gesaan DAP.

Semasa majlis Wacana Transformasi Politik Malaysia, saya telah minta pendirian jelas daripada Dato' Husam mengenai perlaksanaan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Pusat sepertimana impian 16 September. Beliau menjawab dengan jelas "kita akan buat." Saya selanjutnya meminta beliau jelaskan sekali lagi jawapannya dan beliau menegaskan sekali lagi bahawa "kita akan buat" sambil mengangkat jari dan tangan menandakan kesungguhan jawapan beliau.

Namun, tak sampai 24 jam kenyataan beliau disiarkan oleh pihak media, YB Lim Kit Siang, selaku Supremo DAP, mempertikaikan kenyataan Dato' Husam dan menegaskan bahawa hukum hudud tidak menjadi dasar Pakatan Rakyat. Kenyataan Lim Kit Siang ini kemudiannya disokong oleh anak beliau YAB Lim Guan Eng, yang dipuji berkali-kali dalam Wacana tersebut oleh Dato' Husam sebagai pemimpin moden ala Saidina Omar Abdul Aziz.

Akibat pukulan dan desakan DAP ini, Dato' Husam yang tampak berani dan bersemangat tinggi semasa majlis Wacana di Balai Islam Kota Bharu, tiba-tiba pula menjadi ikon transformasi politik layu di mana dengan longlai dan lesunya tunduk kepada gertakan DAP. Tidak sampai dua hari selepas Dato' Husam dengan lantang memberi jaminan kepada penyokong tegar PAS di gelanggangnya sendiri bahawa hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan, beliau sudah pun "surrender" dan kata hukum hudud tidak akan dilaksanakan kerana memerlukan persetujuan rakan kongsi "senior" dalam Pakatan Rakyat yakni PKR dan DAP.

Kenyataan "u-turn" Dato Husam dalam tempoh yang amat pendek sekali memberikan kita satu lagi contoh dimana PAS terpaksa tunduk kepada desakan parti DAP. Dimanakah prinsip PAS yang dikatakan oleh Dato' Husam semasa beliau bentangkan mukadimahnya di Wacana tersebut yang mana antara "P" penting yang disebut adalah prinsip? Takkan prinsip boleh dibuang begitu mudah sahaja? Wallahualam.

Sumber CJ

Husam goyang dengan Lim Guan Eng

Pas akan tetap laksana hudud jika memerintah negara kata Husam



BELUM sampai 36 jam atau kalau tanam kacang belum sempat kulit arinya pecah, Naib Presiden Pas, Husam Musa telah memperbaiki kenyataannya berhubung perlaksanaan hukum hudud yang dibuat ketika berwacana bersama Khairy Jamaluddin dan Abdul Aziz Bari di Balai Islam malam Sabtu lalu.

Semasa respon kepada Khairy Jamaluddin yang ingin tahu apakah Pas akan laksanakan hudud kalau Pakatan Rakyat menang, Husam menegaskan Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

"Kita akan buat," begitulah jaminan Husam apabila diasak lebih dua kali oleh Khairy. Kurang diketahui pula MB Kelantan dalam penantian itu sedar atau tidak ketika beliau mengeluarkan kata-kata itu.

Ekoran dari jaminan Husam tersebut, DAP membantah cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.

Lim Guan Eng (LGE) berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.

Kata Lim Guan Eng lagi “DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,”.

Kenapa Husam nampak goyang dengan jaminannya malam kelmarin itu? Mungkin dia tahu ia bakal menjadi isu dan polimek dalam Pakatan Rakyat seperti mana yang dijangkakan sebelum ini. Dugaan ini ternyata benar apabila DAP sudah kelam kabut dengan kenyataan itu sehingga mahu rujuk kepada Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim. Justeru pada penegasan Husam malam itu kurang berhemah dan memakan diri!

Pembetulan ke atas persetujuannya semalam. Katanya perlaksanaan itu akan ditangguhkan dan ia akan dimaklumkan kepada DAP dan Keadilan terlebih dulu.

Kononnya pemberitahuan itu kerana Pakatan Rakyat telah menandatangani dasar Pakatan itu Ogos lalu? Kata Husam pihaknya tidak akan membuat keputusan secara uniteral sebalik akan membuat secara multiultra. Barang kali baik juga kalau isi kandungan perjanjian itu didedahkan kepada umum untuk ketahui apakah semangat dan roh perjanjian itu.

Langkah beliau membetulkan kenyataan itu menyebabkan ia akan mengelirukan penyokong Pas dan orang Islam sendiri serta mereka yang rindukan hudud. Pembetulan itu juga menjadikan orang akan pertikaikan pengakuan Husam itu sebagai bersifat politik semata-mata. Dengan kenyataan pembaikian itu Husam melakukan dua kali kesilapan dalam satu masa.

Sudah terang lagi disuluh, PAS sudah tidak Releven lagi… Kenyataan Husam menunjukkan bahawa PAS adalah boneka kepada DAP selama ini. Kalau putih kata LGE, putihlah kata PAS, Kalau hitam Kata LGE, hitamlah kata PAS. Fikir-fikirkanlah wahai ahli PAS…

Sumber CJ

Thursday, November 27, 2008

FIGHT THE SMEAR

Disebalik Kebenaran ECM Libra

Soal jawab bersama Khairy Jamaluddin

Tuduhan 1:

Penggabungan ECM Libra dan Avenue Capital Berhad selepas KJ mempunyai pegangan saham di ECM Libra.

ECM Libra telah sejak sekian lama membuat beberapa opsyen penggabungan sebelum saya membuat keputusan bagi membeli saham syarikat berkenaan selaras dengan pilihan yang diberikan kepada saya selaku eksekutif syarikat tersebut. Ianya selari dengan dengan matlamat pihak Kerajaan bagi penggabungan beberapa syarikat kewangan bagi menjadikan ia "universal broker" dan akhirnya menjadi Bank Perlaburan. Apa yang saya tahu ECM Libra dan Avenue Capital Berhad (Avenue) telah membuat rundingan mengenai penggabungan sebelum saya menjadi pemegang saham syarikat berkenaan pada masa itu. Saya ingin tegaskan yang saya tidak terlibat langsung dalam rundingan ini.

Pengabungan sesebuah syarikat mermerlukan persetujuan pihak pemegang-pemegang saham. Dalam konteks ini, pihak Kerajaan, melalui Kementerian Kewangan dan Bank Simpanan Nasional, mempunyai 29.5% saham Avenue dan tidak mempunyai pegangan saham yang mencukupi bagi merealisasikan transaksi penggabungan ini tanpa persetujuan pemegang-pemegang saham yang lain. Jadi Pada 18 Mei 2006, Avenue telah membuat mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi mendapatkan persetujuan tersebut.

Sekiranya ianya merupakan sesuatu yang dirancang oleh pihak Kerajaan dan bukan satu tindakan yang bijak atau menguntungkan semua pihak, sudah pasti pemegang saham minoriti yang meliputi syarikat perlaburan antarabangsa tidak akan memberikan persetujuan mereka. Namun, EGM tersebut telah mendapat persetujuan jitu dari semua pihak.

Tuduhan 2:

Anda mengatakan bahawa RM 13 million yang digunakan bagi pembelian saham ECM Libra adalah dipinjam. Soalan: Siapa yang memberikan pinjaman kepada anda? Apakah kriteria yang perlu dipenuhi bagi mendapat pinjaman tersebut? Umum tahu bahawa anda tidak berkerja dan sekarang pun anda tidak mempunyai perkerjaan. Jadi siapakah memberi pinjaman RM 13 juta kepada penganggur? Secara jujurnya siapakah yang meminjamkan RM 13 juta itu kepada seorang penganggur dan apakah terma-termanya.

Anda mungkin akan menggunakan aspek teknikal dan tidak akan menjawab soalan tersebut. Penafian tidak cukup, sila gunakan fakta. Sumber saya ada mengatakan bahawa RM13 juta datang dari urusniaga yang mencurigakan, seperti komisen daripada penjualan sebahagian asset-aset Kerajaan kepada Singapura. Betul ke?

Saya sudah berkali-kali memberikan penjelasan mengenai isu ini tetapi mungkin saudara tidak membaca penjelasan saya (Contoh: The Edge, 16 JANUARI, 2006) atau memilih untuk tidak menerima penjelasan berkenaan. Biar saya terangkan kembali. Pertama, saya perbetulkan beberapa fakta saudara. Saham ECM Libra yang dibeli bernilai RM9.2 juta – pada harga pasaran ketika itu 17 sen sesaham – dan bukannya RM 13 juta.

Jadi, pinjaman yang saya perolehi adalah sebanyak RM9.2 juta dan bukannya RM 13 juta. Pada masa itu saya merupakan Pengarah bagi Jabatan Penasihat Korporat di ECM Libra jadi saya tidaklah menganggur. Fakta-fakta ini boleh diperolehi oleh sesiapa sahaja. Apa yang menghairankan saya mengapa seseorang itu membuat tuduhan yang berat terhadap saya tanpa bukti yang sebenar. Ini sahaja menggambarkan bahawa kajian dan fakta anda adalah tidak tepat dan betul. Ia juga menampak bahawa anda merupakan seseorang yang terus percaya khabar angin dan tuduhan-tuduhan melulu dan anda tidak cuba membuat kajian sendiri dan mendalam.

Malah bukan saya sahaja menerima tawaran pinjanam tersebut tetapi eksekutif kanan syarikat yang lain untuk bersama-sama maju dengan syarikat. Saham-sama ini ditawarkan melalui pilihan untuk membeli oleh rakan kongsi asal syarikat berkenaan iaitu Lim Kian Onn, Dato' Seri Kalimullah Hassan and David Chua. Mereka juga menawarkan pembiayaan kepada eksekutif kanan ECM Libra bagi pembelian tersebut. Dengan kata lain, pinjaman saya untuk membeli saham ECM Libra adalah dari rakan kongsi syarikat berkenaan. Saya juga telah mencagarkan saham-saham yang telah saya beli sebagai cagaran bagi mendapatkan pinjaman.

Segala urusan jual-beli berkenaan telah disahkan oleh pihak guaman dan dokumen perjanjian juga telah dimatikan stemnya ke atasnya. Dengan pembelian berkenaan maka saya memegang 3% kepentingan di ECM Libra. Pihak berkuasa hanya memperuntukkan supaya pemegang saham yang memegang lebih daripada 5% saham syarikat dimaklumkan kepada umum. Tetapi, saya memilih untuk mengumumkan pembelian saya melalui pengumuman kepada Bursa Malaysia walaupun pegangan saham saya kurang dari 5% kerana saya inginkan ketelusan dalam keputusan yang saya ambil. Saya boleh memilih agar tidak memaklumkan pembelian saham ini tetapi saya memilih mengumumkannya.

Saya telah menjual kesemua saham ECM Libra pada 11 Ogos 2006 pada harga 65 sen sesaham dan menyebabkan kerugian sebanyak 6 sen sesaham.

Sumber : REMBAU.NET

Tuesday, November 25, 2008

The Fabulous KJ

Khairy Jamaluddin, young, tall, dark and handsome. Pria yang hitam manis, tinggi lampai, hidung mancung dan berkarismatik, pemimpin muda yang paling popular, sama atau lebih popular dari Mawi.

Kehebatan KJ di iktiraf oleh Tun Dr. Mahathir. Tun semasa jadi PM hanya bergaduh dengan pemimpin besar dunia, ‘buy British goods last, bergaduh dengan Amerika, Australia’ dan Tun mengakui kehebatan anak muda yang berada di tingkat empat nampaknya lebih berkuasa dari tingkat lima.

KJ adalah Naib Ketua Pemuda yang paling beruntung mendapat liputan percuma di kalangan bloggers dengan mencipta macam-macam skandal mengenai Khairy. Dan di usia muda begini tiga buku sudah ditulis mengenainya. Muka KJ ada ‘commercial value’. Boleh jual punya tanpa jadi artis. Bukan mudah mahu mendapat publisiti sehebat yang diberikan pada Khairy. Itulah tanda-tanda orang bertuah.

Orang Melayu ini perangai macam ‘londoners’ suka pada gosip. Mereka mudah percaya dan terpengaruh dengan tukang umpat dan pemfitnah. Kalau tak betul mereka dapat dosa, KJ dapat pahala. Kalau macam ini punya hentam, jangan kata manusia, ‘transformer’ pun boleh berkecai.

Tapi Khairy nampaknya terus steady. Malah Khairy terus kukuh walaupun sudah empat tahun dihentam oleh berpuluh-puluh bloggers akhbar tabloid dan buku penulis politik secara berterusan. Kalau kita boleh ibaratkan dia sebagai satu transformer, satu skru pun tak tercabut dan satu wayar pun tak putus. Mesti ada sebab kenapa Tuhan lahirkan pemimpin muda yang sekuat ini dalam politik Malaysia.

Khairy tak perlu takut sebab dalam politik, ujian adalah perkara biasa. Lagi tinggi dan lagi besar jawatan yang dicita-citakan, lagi besar ujian yang terpaksa di hadapi.

Sama ada dalam politik mahupun perniagaan, ramai bijak pandai yang hancur berkecai, bangkrup. Orang beruntung sentiasa saja menang bila bintang sudah terang. Mereka yang sinar bintangnya malap sampai tua tak berganjak akhirnya gugur macam tahi bintang saja.


Satu perkara yang saya suka mengenai anak muda yang berasal dari Rembau ini ada budi bahasanya, menghormati orang tua dan pandai menegur sapa. Biarpun Khairy lahir di luar negara, dibesarkan di luar negara dan mendapat pendidikan di luar negara tetapi dia tahu macam mana hendak bergaul dengan orang bawah. Dia tahu bagaimana nak dekatkan diri dengan orang kampung.


KJ bukan jenis yang syok sendiri, buat program hanya untuk orang bandar dan kaum elitis sahaja. Ramai pemimpin muda yang lain yang syok sendiri, perasan diri hebat. Bercakap hanya sesama sendiri tapi tidak pergi kepada rakyat. Macam mana hendak dekat?

Tak kenal maka tak cinta. Itulah yang terjadi pada anak-anak muda yang tak tahu sejarah para pejuang bangsanya.

Mungkin KJ tahu kalau ada sejuta orang yang bencikan kita, ada sejuta pula yang kasihkan kita.

Khairy pernah cuba meletakkan jawatan, diatas permintaan ramai dia terpaksa menerima semula jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda. Di bawah antara komen pemimpin veteran:

“Kita kena ingat Khairy jadi Naib Ketua bukan dia sendiri pilih, bukan Perdana Menteri pilih tetapi Pemuda yang pilih”

Kadang-kadang kita pun berasa simpati kepada Pak Lah. Sejak menjadi Perdana Menteri tidak habis-habis masyarakat bercerita pasal menantu dan anak isterinya, ada saja yang tak kena. Macam-macam versi pemimpin UMNO bercerita pasal KJ. Apakah mereka tahu ‘mind set’ anak-anak elite, VIP?

Tahukah mereka semua anak kaum elite tenggelam di dalam ‘comfort zone’? Pernahkah mereka bergaul dengan golongan elitis? Kebanyakan dari mereka bercita-cita tinggi. Tidak ada orang yang sudah berada di atas mahu ke bawah melainkan mahu mendaki lebih tinggi. Cuba baca buku ‘Rich Dad Poor Dad’ oleh Robert Kiyosaki.

Kebanyakan orang kita tak suka ada Melayu yang lebih dari mereka. Kalau bangsa lain tak apa. Pelik. Kerjanya sakit hati, iri hati melihat kejayaan orang lain, dalam masa yang sama marah bila Melayu mundur.

KJ merupakan tokoh pemimpin pelapis yang bukan sahaja pandai kerana ada kelulusan dari Oxford. Sekadar kelulusan sahaja tak cukup. Tapi dia memang telah mempamerkan ‘karisma’ dan kebijaksanaannya dalam politik dan dunia penulisan, memiliki “political will”. Sejak dia menuntut di London lagi perbahasannya sudah lantang sekali, dia berani berdepan dengan Tun M ketika itu Perdana Menteri.

Salahkah kalau dia bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri diumur yang muda? Najib ketika umur 29 tahun jadi Menteri Besar Pahang. Rahim Tamby Chik 29 tahun jadi Ketua Menteri Melaka. Isa Samad umur 31 Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ghadafi umur 29 tahun jadi Presiden Libya sampai hari ini.

Di Amerika satu perkara biasa bila anak muda bercita-cita mahu jadi Presiden USA. Apa salahnya jika mereka mempunyai kemampuan untuk memimpin dan memperjuangkan nasib bangsanya?

Mereka yang hasad, pendengki dan munafik (hipokrit, berpura-pura dan bermuka-muka) akan diletak oleh Allah di bawah kawah api neraka (the lowest depth of the fire)

Surah An-Nisaa’, ayat 145.

Bukan calang-calang anak muda yang dilahirkan di Dubai, dibesarkan di beberapa buah negara termasuk Jepun dan England ketika ayahandanya menjadi Duta Malaysia di luar negara. Selaku generasi muda yang dapat menggarap dan mengupas ideologi, motif dan strategi global serantau maka tak hairan jika dia dapat mencanang atau aturkan politik Pemuda ke taraf ‘global’.

Inilah untungnya bila mereka yang mahu menjadi pemimpin dapat menguasai ilmu pengetahuan, kaedah analisis dan idea-idea alternatif yang dapat menghadapi kemaraan mereka dalam menghadapi dunia tanpa sempadan akibat boleh berfikir secara ‘lateral thinking’ mengikut Edward De Bono. Samakah orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?

Kebangsawanan ‘elite’ V.I.P. atau V.V.I.P merupakan nikmat daripada Allah untuk segelintir manusia. Tidak semua manusia dilahirkan boleh jadi ‘raja’, anak raja apa lagi menantu Raja atau Pemangku Raja. Tan Sri Muhammad Taib pernah menjadi menantu Sultan Selangor. Dato Syed Omar al-Idrus pula pernah menjadi pemangku Sultan Terengganu.

Islam mengiktiraf kedudukan dan kelebihan kaum ‘bangsawan’ dan orang besar-besar yang menjadi ketua kaum. Sebab itu kedudukan ‘raja-raja’, ketua satu-satu kaum sebelum kedatangan Islam tetap dikekalkan oleh Rasulullah SAW setelah mereka memeluk Islam.

Khairy bukannya orang Melayu pertama yang menuntut di Oxford, lahir dalam keadaan serba kemewahan dan terdedah kepada politik global. Tapi KJ berpandangan jauh, lebih cekal dan lebih tekad untuk menjadi ‘world figure’.

UMNO hari ini, cakap salah tak cakap salah. Dari tak cakap baik terangkan perkara sebenar. Berkata benar sekali pun pahit - sabda Rasulullah SAW. Memang sukar mahu mencari yang terindah dikalangan yang terbilang macam buah durian yang sudah penghujung.

Apakah orang UMNO ada pilihan selain dari memberi orang muda peluang? Sampai bila kita terpaksa memilih yang terbaik dikalangan yang terbuang? Sampai bila kita mahu beritahu mereka yang tak sedar diri, tak mahu cermin muka enough is enough’.

Lebih baik pilih lebah dari pilih langau, tahukah anda beza antara lebah dan langau? Lebah menyengat tapi menghasilkan madu. Langau biarpun cantik sentiasa terpalit dengan yang busuk. Macam kereta Lamborghini yang chassisnya sudah bengkok. Berhentilah berangan nak masuk F1.

Tahukah anda apa itu Oxbridge? Persatuan antara Oxford dan Cambridge. Kenapa ibubapa memilih Oxford, Cambridge, Harvard dan Universiti yang ada nama besar dan sudah yang establish? Dan kenapa orang membeli kereta dan pakaian yang berjenama? Pepatah Melayu ada mengatakan ‘alah membeli menang memakai, berlian tercampak ke Pelimbah masih tetap berlian’. Untuk apa pilih kaca yang disangka permata?

Para peminat saya ingin tahu apa pandangan dan pendapat saya mengenai menantu Pak Lah yang menjadi perhatian dan tumpuan ramai. Apa istimewanya KJ hingga ketika kebanyakan bloggers dan ramai orang memburukkannya, saya sanggup menentang arus membelanya?

Saya fikir tak ada lagi keburukan Khairy yang tidak didedahkan dan tidak disebarkan kepada pengetahuan umum. Entah berapa banyak kata nista, fitnah yang dilemparkan, Khairy ‘diboo’ semasa berucap, apa lagi seksaan yang belum dirasai oleh KJ. Namun KJ tetap steady, masih tabah, kuat dan berpengaruh seperti pepatah Cina pohon yang tunduk bila angin kencang bertiup ke kiri ke kanan dahannya tidak akan serkah, akarnya tidak akan tercabut. “From a tiny seed to a mighty oak tree”. Itulah yang ditunjukkan oleh KJ.

Bangsa Melayu perlu berani, bangsa Melayu perlu ada hero dan pahlawan untuk membela bangsanya. Bagaimanapun soalnya siapakah hari ini yang boleh diharapkan untuk menjadi wira yang akan membela Melayu?

Keberanian ini juga termasuk kebebasan bercakap. Apabila kita berani bercakap dan berani menegur itulah freedom atau demokrasi.

Kenapa Pemuda Melayu hari ini tiba-tiba dijangkiti sindrom penakut? Pelik bila ada Pemuda yang berani seperti Khairy, ramai sangat yang bertukar menjadi Firaun. Akhirnya orang Melayu sudah tidak tahu kepada siapa mereka hendak harapkan lagi.

Kita bukan tidak tahu keberanian yang ada pada orang Melayu dulu semakin hari semakin pupus. Apakah ini tidak membimbangkan? Bangsa Melayu seolah-olah tidak ada orang-orang yang berani. Macam mana mahu jadi berani, ada saja orang berani mahu dicantas, ditebang, ramai sangat yang perangai macam Firaun.

Apa akan jadi apabila Melayu sudah jadi penakut? Bangsa lain akan hilang segan, malu, tak takut akhirnya bangsa tidak lagi akan terbela. Sedangkan Melayu sangat memerlukan orang yang berani?

Di samping memiliki sifat berani Khairy juga berilmu dan dilengkapkan dengan pengalaman bergaul dengan masyarakat antarabangsa selain dari kebijaksanaan dalam menyelesaikan apa juga isu berbangkit. Terserah pada mereka apa yang mereka hendak tulis. Saya tulis apa yang saya tahu saja.

Patutkah yang satu ini pun kita bunuh jadikan Hang Nadim? Akhirnya sudah tidak ada siapa lagi yang berani bangkit membela Melayu? Saat-saat seperti hari inilah bangsa Melayu memerlukan orang yang berani. Kalau dia buat silap kita tegur bukan bunuh seperti mereka cuba membunuh Tan Sri Rahim Tamby Chik. Tuah Rahim ada sampai sekarang tak mati. Siapa yang cuba bunuh Rahim? Siapa yang beria-ia benar mahu bunuh Zahid Hamidi dan KJ? Siapa sebenarnya Firaun Melayu zaman IT?

Dulu Arwah Khalid Jeffri, yang juga terkenal sebagai KJ, adalah Melayu keturunan Afghan. Dia adalah penulis yang berani. KJ Datuk Khalid Jeffri itu sudah jadi arwah Khalid, penulis buku yang membunuh karier politik Anwar Ibrahim. Hebat gila KJ. Hari ini bila sebut KJ ianya Khairy Jamaluddin, nama ada umph, macam nama Datuk K suami Siti Nurhaliza?

Sekejam-kejam Zahid anak Muawiyah di Karbala, Iran yang membunuh semua keturunan Saidina Hussein anak Saidina Ali masih melepaskan Saidina Ali Zainal Abidin cucu Rasulullah SAW yang meneruskan zuriatnya hingga ke hari ini.

Apakah KJ masih belum lulus ujian? Dia mempunyi kekuatan fizikal, mental dan rohani. Kalau sudah seseorang itu mempunyai bintang yang cerah, orang cakap apa dan orang buat apa pun dia tak jatuh. Macam Mahathir dulu, masa jadi PM. Macam-macam orang kata tapi dia tak jatuh. Begitu juga dengan Khir Toyo, bukan sedikit yang nak jatuhkan dia, tapi dia masih mampu bertahan. Berapa banyak buku politik dan blogges yang menghentamnya? Pelik Melayu ini. Kalau macam itu akhirnya Melayu hilang didunia.

Apa akan jadi pada bangsa Melayu jika semua Pemuda yang kita ketengahkan mereka tak suka? Mahukah kita kalau Cina yang jadi Perdana Menteri? Kerja saya selaku penulis, saya tulis, saya senang dengan KJ kerana dia berani.

Apa yang telah kita lakukan selaku orang Melayu dan apa sumbangan kita dalam membangunkan bangsa kita? Anak-anak kita macam mana? Isteri kita macam mana?

Tuhan bersumpah atas nama buah tin dan buah zaiton diatas bukit Tursina, Nabi Musa gagal dibunuh oleh Firaun yang berjaya membunuh setiap anak lelaki dan turunnya kitab Taurat ‘The Ten Commandment’. Sampai bila nak berperangai macam Firaun, asal ada anak Melayu yang bijak kita pancung?

Disebalik isu ‘tingkat empat’ … 'kita pun ada perasaan’

Tahukah pembaca sekelian bahawa Pak Lah pernah menjawab dakwaan mengenai isu ‘tingkat empat’ tersebut semasa majlis dialog di Kelab Century Paradise,Taman Melawati 24 Jun 2006 lalu....

Walaupun isu ini sudah lama berlalu namun penulis percaya mungkin ada diantara pembaca yang masih tidak tahu akan kebenaran disebalik isu ‘tingkat empat’ tersebut, justeru itu penulis cuba membongkarkannya agar pembaca boleh menilai dari pihak mana kebenaran itu berada…

Diantara dakwaan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi… isu pengaruh ‘tingkat empat’ di Jabatan Perdana Menteri atau lebih tepat ‘orang-orang Khairy Jamaluddin’ dianggap adalah yang paling serius.

Tanpa menyebut nama Naib Ketua Pemuda itu, bekas Perdana Menteri beberapa kali mengulangi mengenai mereka yang kelulusan Universiti Oxford dan para pegawai di tingkat empat yang dakwanya lebih berkuasa dari tingkat lima iaitu pejabat Perdana Menteri

Malah dakwaan mengenai Khairy mempengaruhi keputusan-keputusan kerajaan dan dalam urusan perniagaan menjadi desas desus panas dan buah mulut orang.

Dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-100 di Putrajaya Jumaat Abdullah yang ditanya mengenai hal ini berkata, "menantu saya bukan penasihat saya. Dulu dia bekerja dengan saya. Mungkin sebagai pekerja di bawah saya, tentulah dia terlibat untuk membuat analisis dan memberi pandangan berhubung macam-macam perkara.

"Sekarang dia tak bekerja lagi dengan saya. Dia sudah berhenti, dia tahu orang bising sangat. Dia tak kena mengena lagi. Jadi apa (kenapa) tuduhan-tuduhan itu dibuat," katanya.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa beliau tidak boleh mengelak daripada berdepan dengan pelbagai pihak yang cuba mempengaruhinya, namun segala keputusan dibuatnya sendiri, setelah memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Khairy, mula berkhidmat dengan Abdullah pada 1999 sebagai penulis ucapan dan kemudian dilantik pegawai khas semasa Abdullah merupakan Timbalan Perdana Menteri. Beliau meletak jawatan sebagai timbalan ketua setiausaha sulit kepada Perdana Menteri merangkap pengarah Bahagian Polisi dan Komunikasi, pada Jun 2004.

Ditanya sama ada beliau terguris dengan cakap-cakap seumpama itu, Abdullah berkata: "Saya dengar macam-macam orang cakap. Kita pun ada perasaan, kadang-kadang kita rasa sedih juga, bila macam-macam keluar. Tapi saya dapat mengawal diri."

Perdana Menteri bagaimanapun berkata beliau tidak akan membiarkan dirinya dipengaruhi sehingga wujud keadaan kelam-kabut yang membuatkannya susah hati dan seterusnya menjejaskan kerja beliau.

Katanya beliau bekerja dengan suara hati yang jelas dan membuatkan orang melihat beliau sentiasa tenang.

"Saya tak buat keputusan untuk ambil harta orang, saya tak buat keputusan untuk menyusahkan orang. Saya buat keputusan apa yang saya fikir baik," jelas Abdullah.

Sambil berkata beliau mendengar pandangan pelbagai pihak, Abdullah mengakui biasa mendengar pandangan Khairy, umpamanya, berhubung pemikiran dan pandangan Pergerakan Pemuda Umno tentang perkara-perkara tertentu. Khairy ialah Naib Ketua Pemuda.

"Itu biasalah, semua orang bercakap dengan saya. Semua orang hendak menasihati perdana menteri, apa yang perdana menteri perlu lakukan," kata Perdana Menteri yang menyenaraikan rakyat, ahli politik dan pihak pembangkang sebagai antara orang yang cuba mempengaruhi beliau.

"Tidak ada perdana menteri yang bebas daripada percubaan pelbagai pihak untuk mempengaruhinya, termasuk mempengaruhi supaya kita terima (luluskan) kontrak dia," katanya.

Abdullah menegaskan bahawa walau apa yang berlaku, keputusan mengenai sesuatu perkara itu tetap dibuatnya sendiri.

Beliau menarik perhatian bahawa tidak akan ada seratus peratus orang yang bersetuju dengan keputusan yang diambil kerajaan.

"Asalkan majoriti tahu bahawa kerja dijalankan dengan baik, beserta niat dan tujuan yang baik, hanya kerana negara dan bangsa," kata beliau.

Perdana Menteri berkata menteri-menteri Kabinet juga membuat keputusan mengikut bidang tugas masing-masing dan mereka tidak harus lepas tangan daripada memikul tanggungjawab itu.

Menteri yang lepas tangan dan menyerahkan segala keputusan kepada perdana menteri tidak sepatutnya menjadi menteri, tegas beliau.

"Sayapun kalau serah kepada semua orang untuk buat keputusan, tak payah jadi perdana menteri, buat apa. Baik buat kerja lain. Jadi perdana menteri tak buat apa, hari-hari orang duduk mengata. Buat apa susah-susah," katanya.

Namun, Abdullah menekankan hakikat bahawa beliau berkhidmat dengan sebaik-baiknya dalam menerajui negara ini.

"Saya hendak buat yang itu, hendak buat yang ini. Macam-macam yang saya hendak lakukan. Maka saya gunakan akal saya untuk memikirkan apa yang terbaik," katanya.

Beliau berkata adalah menjadi satu kebetulan jika apa yang difikirkannya menyamai fikiran "bukan seorang tetapi empat lima, 10, 20 orang" lain.

"Bila rakyat senang dengan apa yang kita buat, ertinya rakyat tahulah apa yang kita buat itu memenuhi kehendak mereka," katanya .

KHAIRY JAMALUDDIN



Khairy Jamaluddin Abu Bakar, 32, popularly known as KJ, is the Barisan Nasional member of parliament for the P.131 Rembau parliamentary constituency. He is also Deputy Chairman of Barisan Nasional Youth, and Deputy Leader of UMNO Youth. In Rembau, he holds the post of UMNO Youth Leader and also Leader of UMNO Gadong branch, where his father was born.

Khairy first entered the politics when the country was reeling from economic and political crises in 1999. At the time, many young people including university graduates turned against the government. Khairy, who chose to support UMNO and Barisan Nasional after being anti-establishment (and dreadlocked) in university, decided to face his peers head-on and explained issues from the government's perspective. He got his first taste of politics as Secretary of UMNO Youth's Education Bureau and was sent into often hostile university campuses to meet, speak and debate with student leaders. From there, education played a central role in his political vision. He established Pusat Tuisyen Emas, in 2002, a tuition centre which provided students from rural areas free tutition classes in English, Additional Mathematics, Physics, Chemistry, and Biology. The program ran for five years in Tanah Merah (Kelantan), Dungun (Terengganu), Kuala Berang (Terengganu), Kuala Pilah (Negeri Sembilan) as well as Rembau.

Realising the need for a platform to expose local university students to work experience in the private sector, Khairy ran the Pemuda Internship Program (PINTAR) under Akademi Pemuda for two years beginning in 2005. Top students were given internships in prestigious Malaysian companies. Many of the PINTAR participants went on to secure permanent jobs with their placement companies.

Educated at the University of Oxford with an undergraduate degree in Philosophy, Politics and Economics and subsequently earning a postgraduate degree at University College London, Khairy was determined to continue the legacy of past government leaders.

Khairy's decision to serve the community is reflective of his lineage. He is the grandson of Penghulu Abu Bakar, a renowned community leader in Kota, Rembau. Khairy's late father, Datuk Jamaluddin Abu Bakar was the first in his family to go to university, winning a place at Universiti Malaya after completing his secondary school at the Malay College Kuala Kangsar. Datuk Jamaluddin went on to become a senior official in the Ministry of Foreign affairs, retiring as the Malaysian High Commissioner to the United Kingdom. Khairy's mother, Dato' Rahmah Abdul Hamid, has also been involved in volunteer work her entire life through various non-governmental organizations.

Born in Kuwait, Khairy has traveled extensively around the world. His vast international exposure has only strengthened his belief in the Malaysian story and the political formula that underpins Barisan Nasional. He has worked as a broadcast and print journalist, a policy aide and as an investment banker, giving him a diverse and rounded view of both the corporate and public sectors.

Khairy's work experience has given him the skill set to be a proactive community leader. His experience as a writer for The Economist exposed him to dire living conditions during his coverage of Taliban-ruled Afghanistan. During his time in the Office of the Prime Minister, Khairy was able to understand how policy was formulated and executed, an experience that has tempered his idealism with a dose of realism.

As the Deputy President of the Football Association of Malaysia (FAM), he will bring his experience from the successful MyTeam reality TV program and UPB-MyTeam to restructure grassroots development for better talent identification. The show took him to every corner of the country in search for unearthed, amateur footballers with outstanding potential. MyTeam was an instant hit and its season one finale was the third highest rated TV show of the year. Many players selected from the TV show were offered professional contracts to play for UPB-MyTeam Football Club in the Malaysian league which gained promotion from the Malaysian Premier League to the Super League in their debut season.

On the International scene, Khairy was selected as a Young Global Leader by the World Economic Forum in Davos, Switzerland which inducts a select group of young political and business leaders around the world as members. He is regularly invited as a speaker internationally and has written for major publications including Time and the Wall Street Journal.

Khairy is married to Nori Abdullah and they have been blessed with a boy, Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar, who is known to family as "Cougar". Apart from spending time with his close-knit family, in his free time Khairy plays futsal with his (fat) friends and reads voraciously, covering a variety of genres except self-help "strategy" books which he thinks are mumbo jumbo.

Sumber : Rembau.net 7hb November 2008