Wednesday, December 24, 2008

Malaysiakini : Pas Perak Di Bawah Kuasa DAP







Tahniah kepada Husam kerana mengiktiraf Lim Guan Eng sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz...



Kenapa sejak kebelakangan ini, PAS begitu takut mendengar perkataan “kerajaan Islam”? Adakah selepas DAP berjaya mempengaruhi PAS dengan memberi jawatan MB, maka PAS sudah lupa asas perjuangan asal parti PAS.


Adakah kerana belas ehsan DAP yang memberikan jawatan MB kepada PAS, parti itu seolah-olah takut untuk berjuang atas nama Islam dan phobia istilah kerajaan Islam.


Adakah PAS Perak takut DAP akan menarik balik jawatan DAP sekiranya PAS ingin menubuhkan kerajaan Islam. Begitu murahkah harga sebuah perjuangan Islam kerana harganya hanya sama nilainya dengan jawatan Menteri Besar?


Melihatkan keadaan sekarang, parti PAS telah hilang arah perjuangan. Hanya satu sahaja cara PAS boleh kembali kepada landasan perjuangan sebenar, iaitu mereka harus menjauhkan diri daripada kafir harbi DAP itu.


Tapi sanggupkah PAS kehilangan jawatan MB jika tidak bersengkokol dengan DAP untuk membentuk kerajaan campuran di Perak? Adakah DAP telah berjaya memperbodohkan PAS dengan menyuruh PAS membuang niat menubuhkan kerajaan Islam jika mahu bersama DAP?


Sama-samalah kita saksikan percaturan politik DAP dan PAS! Bagi saya DAP sudah berjaya mengutip 2 mata dan PAS pula hilang 1 mata hasil perkongsian kuasa ini. Dua mata yang dikutip DAP ialah menghapuskan DEB di P. Pinang dan menidakan kerajaan Islam di Perak. Manakala PAS pula, hilang arah perjuangan dan tidak lagi timbul kerajaan Islam sebagai sebahagian agenda politik.


Sumber CJ

KJ PALAM Husam

Khairy - Wacana Perdana Transformasi Politik Malaysia Part I




KJ- Wacana Perdana Transformasi Politik Malaysia Part II


Ulasan KJ mengenai pendirian Husam Musa

Transformasi Politik Husam


Dicabar kekanan, digertak kekiri. Inilah yang saya lihat tentang YB Dato' Husam Musa, Naib Presiden PAS, apabila, belum pun sempat hilang panasnya bara ketetapan dan jawapan beliau untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia , terus tersungkur dan menyerah kalah pada gesaan DAP.

Semasa majlis Wacana Transformasi Politik Malaysia, saya telah minta pendirian jelas daripada Dato' Husam mengenai perlaksanaan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Pusat sepertimana impian 16 September. Beliau menjawab dengan jelas "kita akan buat." Saya selanjutnya meminta beliau jelaskan sekali lagi jawapannya dan beliau menegaskan sekali lagi bahawa "kita akan buat" sambil mengangkat jari dan tangan menandakan kesungguhan jawapan beliau.

Namun, tak sampai 24 jam kenyataan beliau disiarkan oleh pihak media, YB Lim Kit Siang, selaku Supremo DAP, mempertikaikan kenyataan Dato' Husam dan menegaskan bahawa hukum hudud tidak menjadi dasar Pakatan Rakyat. Kenyataan Lim Kit Siang ini kemudiannya disokong oleh anak beliau YAB Lim Guan Eng, yang dipuji berkali-kali dalam Wacana tersebut oleh Dato' Husam sebagai pemimpin moden ala Saidina Omar Abdul Aziz.

Akibat pukulan dan desakan DAP ini, Dato' Husam yang tampak berani dan bersemangat tinggi semasa majlis Wacana di Balai Islam Kota Bharu, tiba-tiba pula menjadi ikon transformasi politik layu di mana dengan longlai dan lesunya tunduk kepada gertakan DAP. Tidak sampai dua hari selepas Dato' Husam dengan lantang memberi jaminan kepada penyokong tegar PAS di gelanggangnya sendiri bahawa hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan, beliau sudah pun "surrender" dan kata hukum hudud tidak akan dilaksanakan kerana memerlukan persetujuan rakan kongsi "senior" dalam Pakatan Rakyat yakni PKR dan DAP.

Kenyataan "u-turn" Dato Husam dalam tempoh yang amat pendek sekali memberikan kita satu lagi contoh dimana PAS terpaksa tunduk kepada desakan parti DAP. Dimanakah prinsip PAS yang dikatakan oleh Dato' Husam semasa beliau bentangkan mukadimahnya di Wacana tersebut yang mana antara "P" penting yang disebut adalah prinsip? Takkan prinsip boleh dibuang begitu mudah sahaja? Wallahualam.

Sumber CJ

Husam goyang dengan Lim Guan Eng

Pas akan tetap laksana hudud jika memerintah negara kata Husam



BELUM sampai 36 jam atau kalau tanam kacang belum sempat kulit arinya pecah, Naib Presiden Pas, Husam Musa telah memperbaiki kenyataannya berhubung perlaksanaan hukum hudud yang dibuat ketika berwacana bersama Khairy Jamaluddin dan Abdul Aziz Bari di Balai Islam malam Sabtu lalu.

Semasa respon kepada Khairy Jamaluddin yang ingin tahu apakah Pas akan laksanakan hudud kalau Pakatan Rakyat menang, Husam menegaskan Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

"Kita akan buat," begitulah jaminan Husam apabila diasak lebih dua kali oleh Khairy. Kurang diketahui pula MB Kelantan dalam penantian itu sedar atau tidak ketika beliau mengeluarkan kata-kata itu.

Ekoran dari jaminan Husam tersebut, DAP membantah cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.

Lim Guan Eng (LGE) berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.

Kata Lim Guan Eng lagi “DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,”.

Kenapa Husam nampak goyang dengan jaminannya malam kelmarin itu? Mungkin dia tahu ia bakal menjadi isu dan polimek dalam Pakatan Rakyat seperti mana yang dijangkakan sebelum ini. Dugaan ini ternyata benar apabila DAP sudah kelam kabut dengan kenyataan itu sehingga mahu rujuk kepada Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim. Justeru pada penegasan Husam malam itu kurang berhemah dan memakan diri!

Pembetulan ke atas persetujuannya semalam. Katanya perlaksanaan itu akan ditangguhkan dan ia akan dimaklumkan kepada DAP dan Keadilan terlebih dulu.

Kononnya pemberitahuan itu kerana Pakatan Rakyat telah menandatangani dasar Pakatan itu Ogos lalu? Kata Husam pihaknya tidak akan membuat keputusan secara uniteral sebalik akan membuat secara multiultra. Barang kali baik juga kalau isi kandungan perjanjian itu didedahkan kepada umum untuk ketahui apakah semangat dan roh perjanjian itu.

Langkah beliau membetulkan kenyataan itu menyebabkan ia akan mengelirukan penyokong Pas dan orang Islam sendiri serta mereka yang rindukan hudud. Pembetulan itu juga menjadikan orang akan pertikaikan pengakuan Husam itu sebagai bersifat politik semata-mata. Dengan kenyataan pembaikian itu Husam melakukan dua kali kesilapan dalam satu masa.

Sudah terang lagi disuluh, PAS sudah tidak Releven lagi… Kenyataan Husam menunjukkan bahawa PAS adalah boneka kepada DAP selama ini. Kalau putih kata LGE, putihlah kata PAS, Kalau hitam Kata LGE, hitamlah kata PAS. Fikir-fikirkanlah wahai ahli PAS…

Sumber CJ